Isnin, 8 April 2019

Langkah itu bermula semua.......

Tak tahu kenapa hati tiba-tiba tergerak untuk menulis semula. Banyak idea hanya tersirat dalam fikiran. Hanya merewang-rewang dalam bahasa jiwa. Hendak dilontarkan jadi pandangan....tapi hanya terjawab dalam diri sendiri. Cetusan idea sentiasa bergolak dalam jiwa sentiasa membakar-bakar diri sendiri. Hari ini langkah itu akan bermula semula.......

Isnin, 8 Ogos 2011

Memerah Otak......Memikir Strategi.......

Memerah otak dan memikirkan strategi untuk memastikan kejayaan murid-murid dalam peperiksaan UPSR 2011. Tenaga, wang ringgit bukan lagi ukuran....tapi dikala ini kesungguhan untuk mencipta kejayaan jadi satu sandaran. Susah untuk memikirkan perkara yang lain. Otak penuh sarat memikirkan langkah untuk mencapai kejayaan. Salah atau betul strategi bukan lagi jadi ukuran kini. Yang penting usaha keras perlu dilaksanakan. Langkah kini sampai penghujung. Kalau salah strategi tidak menjadi, tidak masa untuk berundur...teruskan. InsyaAllah dengan usaha yang keras ini, strategi akan tercapai.... Apa yang paling penting KERJASAMA. ITULAH STRATEGI YANG HEBAT SEBENARNYA.

Khamis, 20 Mei 2010

Cetusan....

Syukur alhamdulillah kerana keputusan Peperiksaan Canang 1 ada kemajuan. Tidak harus leka dengan keputusan ini, banyak perkara yang perlu diperbaiki. InsyaAllah jika kita semua sentiasa memikirkan kaedah yang terbaik, kejayaan akan menyusul nanti. Allah tidak akan melupakan kita, jika kita terus berusaha.Kepada rakan guru khasnya guru tahun 6, marilah kita sama berganding bahu, berusaha dan memikirkan kaedah yang terbaik untuk anak didik kita.

Sabtu, 8 Mei 2010

Cikgu Firdaus....penuh bervisi


Walaupun opsyen PSV dan Kemahiran Hidup, tapi Cikgu Firdaus merupakan tenaga pengajar utama dalam mata pelajaran Matematik khasnya untuk murid tahun 6. Bekas pelajar Maktab Sains Mara Melaka, dan bekas pelatih Institut Pendidikan Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat ini merupakan rakan yang aktif dan sentiasa bekerjasama dalam segala program sekolah. Siang mahupun malam bersedia mengadakan kelas tambahan. Nampak relaks namun guru bujang ini penuh bervisi dalam hati. Teruskan perjuangan anda untuk anak bangsa.

Kelas Intensif

Jumaat, 7 Mei 2010

Keputusan Peperiksaan Bulanan Kali Pertama


Tempat Pertama :Nur Hafizah Bte Mazley Guru angkat :En. Amran
Tempat Kedua :Nabila Atiqah Bte Noorulazman Guru angkat :En. Amran
Tempat ketiga :Mohd Amirul Hakim Bin Amran Guru angkat :Pn. Zaimah
Tempat Keempat :Zunairah Bte Noor Hamidi Guru angkat :Pn. Suzilawati
Tempat Kelima :Nur Athirah Fatin Bte Mohayidin Guru angkat :En. Firdaus


Tahniah ......teruskan usaha anda...