Khamis, 20 Mei 2010

Cetusan....

Syukur alhamdulillah kerana keputusan Peperiksaan Canang 1 ada kemajuan. Tidak harus leka dengan keputusan ini, banyak perkara yang perlu diperbaiki. InsyaAllah jika kita semua sentiasa memikirkan kaedah yang terbaik, kejayaan akan menyusul nanti. Allah tidak akan melupakan kita, jika kita terus berusaha.Kepada rakan guru khasnya guru tahun 6, marilah kita sama berganding bahu, berusaha dan memikirkan kaedah yang terbaik untuk anak didik kita.

Sabtu, 8 Mei 2010

Cikgu Firdaus....penuh bervisi


Walaupun opsyen PSV dan Kemahiran Hidup, tapi Cikgu Firdaus merupakan tenaga pengajar utama dalam mata pelajaran Matematik khasnya untuk murid tahun 6. Bekas pelajar Maktab Sains Mara Melaka, dan bekas pelatih Institut Pendidikan Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat ini merupakan rakan yang aktif dan sentiasa bekerjasama dalam segala program sekolah. Siang mahupun malam bersedia mengadakan kelas tambahan. Nampak relaks namun guru bujang ini penuh bervisi dalam hati. Teruskan perjuangan anda untuk anak bangsa.

Kelas Intensif

Jumaat, 7 Mei 2010

Keputusan Peperiksaan Bulanan Kali Pertama


Tempat Pertama :Nur Hafizah Bte Mazley Guru angkat :En. Amran
Tempat Kedua :Nabila Atiqah Bte Noorulazman Guru angkat :En. Amran
Tempat ketiga :Mohd Amirul Hakim Bin Amran Guru angkat :Pn. Zaimah
Tempat Keempat :Zunairah Bte Noor Hamidi Guru angkat :Pn. Suzilawati
Tempat Kelima :Nur Athirah Fatin Bte Mohayidin Guru angkat :En. Firdaus


Tahniah ......teruskan usaha anda...